Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini tidak akan kekal selamanya kerana ianya mungkin boleh diperketatkan semula mengikut kepatuhan rakyat terhadap SOP semasa.
Dalam pada itu, beliau juga turut mengingatkan orang ramai supaya terus patuh kepada SOP semasa yang dikeluarkan kerajaan bagi mengelakkan diri daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Sumber: Bernama