Hari ini merupakan hari pertama perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri pada 12 Oktober lalu.
Namun, masih ramai yang kongsi berita tidak sahih kepada orang ramai sehinggakan membuatkan ramai yang keliru dengan peraturan PKPB ini.
Dalam satu status yang dimuatnaik dalam laman Twitter Majlis Keselamatan Negara memaklumkan bahawa kenyataan yang tular tersebut tidak benar dan tidak digunakan dalam tempoh PKPB 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.
Dalam kenyataan PKPB yang lepas, memaklumkan bahawa dibenarkan untuk orang ramai merentas daerah kerana Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam satu daerah yang sama. Dalam situasi sekarang, kepada individu yang ingin merentas daerah, perlu dan wajib ada surat pengesahan daripada polis dan pas bekerja daripada syarikat.
Sumber: MKN