Datuk Seri Ismail Sabri dalam Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia bahaya PKPB boleh ditamatkan dan kembali menjadi PKP sekiranya rakyat ingkar dengan peraturan dan garis panduan ditetapkan.
Dalam pada itu, kerajaan memutuskan fasa nasihat dan amaran berakhir hari ini dan mereka yang didapati melanggar peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) PKPB akan dikenakan tindakan undang-undang.
Hari ini adalah hari terakhir PKP Fasa ke-4 dan bakal meneruskan PKPB sehingga 9 Jun seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumber: Bernama