
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh yang dikatakan akan dilaksanakan di Selangor susulan peningkatan kes Covid-19 perlu dipertimbangkan kerana kes di negeri itu tidak terlalu parah jika mengikut data, menurut Pengerusi Selangor Task Force Covid-19, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut beliau, Selangor tidak boleh dikatakan negeri paling parah menerima jangkitan kes Covid-19 kerana mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan kepesatan industri berbanding negeri lain.
Semalam, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 1,743 kes baharu Covid-19 dengan kes kematian tertinggi iaitu 18 kes.
Laporan lanjut menyusul.
Sumber: Twitter Bernama