
Menerusi kiriman daripada laman Twitter rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN), satu pemberitahuan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa berkemungkinan besar Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan hingga bulan Jun 2020 nanti.
Utusan ini disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PKP berkemungkinan akan dilanjutkan hingga Jun jika rakyat masih berdegil dan menyebabkan kes jangkitan Covid-19 bertambah.
Seperti mana yang kita tahu, PKP fasa ketiga sudah bermula pada hari ini, 15 April 2020 merupakan fasa kritikal dalam usaha negara menghapuskan wabak pandemik Covid-19 ini.
Pada masa yang sama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama dengan PDRM mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara.

Sumber: KDN