Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi memaklumkan bahawa hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk berada dalam satu kenderaan.
Menurutnya, hanya dua orang sahaja dalam kenderaan yang dibenarkan bagi tujuan membeli barangan keperluan.
Walau bagaimanapun, kebenaran tersebut boleh dikecualikan bagi kes kecemasan sahaja.
“Membeli barangan dua orang sahaja, kecuali yang menyebabkan kecemasan. Dua plus seorang yang perlu mendapatkan rawatan, tiga lah,” ujarnya.