Prof Madya Dr Ruhani Mat Min yang merupakan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyatakan bahawa individu yang terdesak akan lebih terdedah untuk menjadi mangsa hutang. Kebiasaannya, manusia akan terdesak apabila mereka berasa terlalu menginginkan sesuatu namun mempunyai halangan untuk memperolehinya.
Dan disebabkan itulah mereka yang berada dalam situasi ini akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mahupun menyelesaikan masalah yang terjadi. Tambahnya lagi, keadaan seperti ini akan mempengaruhi mangsa untuk meminjam dahulu wang dan sekiranya tiada pilihan lain, mereka akan mula terjebak dengan skim pinjaman tanpa lesen.
Perkara ini diakui sendiri oleh salah seorang mangsa sindiket pinjaman ini. Menurut Badrul, beliau ingin berkongsi dengan masyarakat mengenai isu ini supaya mereka tidak menjadi mangsa sepertinya. Ciapan Badrul itu mendapat ciapan lebih dari 6,000 kali ulang kicau dan pelbagai reaksi dari netizen.

Badrul mengatakan bahawa jumlah pinjaman beliau meningkat 10 kali ganda dalam tempoh yang singkat. Semuanya bermula ketika beliau berniat mahu mengubah nasibnya. Jadi beliau neka untuk membesarkan bisnesnya dimulai dengan penambahan staf, sistem bekerja dan pengubahsuaian kedai.


Badrul mula berasa lega apabila merasakan bahawa impiannya akan berjalan seperti kemahuannya. Beliau mula teruja untuk berbisnes dan membuka satu lagi cawangan baru. Namun sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Segala usaha itu seakan sia-sia apabila pada kedai tersebut gagal untuk beroperasi.

Dan di sinilah klimaksnya apabila Badrul mula menjebakkan diri dengan perkara tersebut. Ketika itu Badrul buntu kerana keadaan kewangan yang begitu ‘nazak’. Lalu, beliau mengambil keputusan untuk meninjam daripada syarikat kewangan tidak berlesen.

Badrul menyangka bahawa kadar faedah yang dikenakan oleh mereka rendah iaitu cuma RM2,000. Lalu beliau tanpa berfikir panjang terus bersetuju untuk meminjam daripada mereka.

Selepas selesai bayar pinjaman pertama. Badrul terus meminjam lagi kerana keaadaan syarikat yang memerlukan dana. Namun kali ini, keaadan lebih rumit kerana beliau perlu menjelaskan bayaran pada tarikh bayar gaji pekerja.

Dari situlah hutang Badrul semakin bertambah, dah faedah dari pinjam lamanya masih ada.

Keadaan bertambah rumit apabila bisnes mulai tidak stabil. Disebabkan itu, Badrul terpaksa meminjam wang lagi kepada syarikat peminjaman berkenaan untuk menjelaskan gaji pekerja.

Lebih membimbangkan apabila hutang beliau dengan tiga buah syarikat peminjaman tersebut semakin meningkat. Saban hari hidupnya senantiasa dibelenggu dengan kerisauan.

Harini, beliau sudah boleh menarik nafas lega setelah bebas dari bahana itu. Beliau juga menyarankan kepada semua masyarakat supaya tidak terjebak dengan sindiket ini. ‘Di luar’ sememangnya nampak indah, namun risiko yang disebalik pinjaman itu ternyata berbahaya. Jika terdesak mahu menggunakan duit, cubalah cari alternatif lain yang lebih terjamin dan diluluskan.

Sumber : Bard Badrul