suami patah balik ambil susu
Kredit: whymas_
Tiada Kategori

Pilu, Suami Patah Balik Ambil Susu Anak Meninggal Akibat Kemalangan

Sofea

Pilu, Suami Patah Balik Ambil Susu Anak Meninggal Akibat Kemalangan

Pemergian insan tersayang sememangnya satu tragedi duka yang memeritkan bagi sesiapa sahaja. Bayangkan, hari ini bergelak tawa bersama, namun keesokan harinya perlu menerima hakikat bahawa insan itu sudah tiada lagi di dunia ini.

Apatah lagi jika dia menjadi tempat untuk kita bergantung harap.

Itu yang dialami oleh seorang wanita yang terpaksa menerima takdir kehilangan suami tercinta.

Menerusi perkongsian yang tular di laman Threads, @whymas_ berkata suaminya terlibat dalam kemalangan selepas berpatah balik ke tempat kerja untuk mengambil susu anak mereka yang tertinggal.

Lebih memilukan apabila hidangan sotong goreng kunyit yang dimasak olehnya tidak sempat dijamah oleh suaminya.

“Suami saya minta masak sotong goreng kunyit. Saya masaklah, selepas itu saya tunggu suami balik kerja tapi suami saya tak nak jamah pun makanan saya sebab syahid waktu balik kerja.

“Awak dah balik kerja sayang. Tapi awak patah balik tempat kerja sebab tertinggal susu anak dekat tempat kerja.

“Al-fatihah sayangku Muhammad Amir. Satu tahun 10 bulan Allah pinjamkan awak buat saya dan anak,” katanya.

BACA: Pilu, Suami Meninggal Dunia Selepas Dua Minggu Isteri Dijemput Ilahi

BACA JUGA: Suami Menyusul ‘Pergi’ Selepas Empat Hari Isteri Meninggal

Wanita itu juga berkongsi bahawa suaminya meninggal di tempat kejadian.

“Muka dan barang suami saya penuh dengan tumpahan susu anak. Suami saya kemalangan tetapi keadaannya sempurna seperti tidur,” ujarnya.

https://www.threads.com/@whymas_/post/DQsWOo6k9Uy

https://www.threads.com/@whymas_/post/DQsMoAwk6XR

Perkongsian itu membuatkan ramai sebak dan mendoakan agar roh arwah suaminya dicucuri rahmat.

Dalam masa sama, ada juga individu yang berkongsi keadaan di tempat kejadian selepas kemalangan itu berlaku.

“Takziah buat keluarga arwah. Semoga arwah di dalam golongan orang yang beriman dan syurga buat arwah. Saya mampu hubungi ambulans je. Tak sampai seminit ramai yang dataneg tolong semalam. Sebak tengok susu bersepah atas jalan,” kata seorang netizen.

“Allah, susu tu menjadi saksi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab kepada keluarganya. Al-fatihah,” kata seorang lagi.

Sumber: whymas_