Biarpun bersaiz lebih kecil, seekor kucing sanggup berkorban nyawa bagi melindungi tuannya daripada serangan haiwan pemangsa bernama ular. Menerusi perkongsian Sahabat Surga, seekor anak kucing berwarna putih telah dibelit seekor ular besar yang dipercayai muncul dari bumbung rumah mereka ketika tuannya sedang tidur.
Demi menyelamatkan pemiliknya, haiwan tu dikatakan sempat berlawan dengan reptilia berkenaan sebelum ditemui dalam keadaan kaku tidak bernyawa.
“Tidurlah tuanku, biar saya yang mengurusnya. Terima kasih untuk kasih sayang yang engkau berikan selama ini..”
“Ketika itu tuannya terbangun kerana bunyi bergaduh, tapi dia melihat si kucing comel sudah tidak bernyawa dalam belitan ular buas itu,” tulis Sahabat Surga.


Sumber: Sahabat Surga