
Terkini, menerusi perbentangan Belanjawan 2021, kerajaan bersetuju supaya institusi perbankan memberi dua pilihan kepada peminjam kategori B40 yang merupakan penerima BSH dan bakal penerima BPR dan kepada perusahaan mikro untuk membayar balik pinjaman mereka.
Peminjam di dalam kategori ini akan diberi pilihan iaitu:
Pilihan pertama: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan: atau
Pilihan kedua: Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama 6 bulan.
Perkara tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, di dalam Dewan Rakyat menerusi siaran langsung Belanjawan 2021, sebentar tadi.
Peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pilihan opsyen dan menyemprunakan dokumentasi.
Bagi peminjam golongan M40, proses permohonan bantuan bayaran balik pinjaman juga akan dipermudahkan.
Peminjam hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri atau self-declaration pengurangan pendapatan supaya mereka mendapat bantuan bayaran balik.
Sumber: Siaran Langsung Belanjawan 2021