Seekor kucing diberi nama Pikachu bakal menjadi kucing pertama disemadikan di angkasa apabila tuannya merancang untuk menghantar abu bangkainya ke angkasa sebagai tanda kenangan.
Debu bangkainya akan dihantar ke angkasa menggunakan perkhidmatan daripada Celestis Pets, anak syarikat kepada Celestial yang menguruskan upacara pengebumian untuk manusia sebelum ini.
Pikachu sebelum ini mati selepas menghadapi pelbagai komplikasi kesihatan antaranya diabetes.
Pemilik kucing tersebut sebelum ini pernah melancarkan kutipan derma melalui GuFundMe untuk mendapatkan dana bagi membayar kos pengurusan sebanyak USD 5,000 (RM 20,962).
Celestis Pet sebelum ini pernah menghantar debu bangkai dua ekor anjing ke angkasa lepas. Debu-debu berkenaan dikatakan akan kekal di angkasa sehingga ia terurai dan kembali memasuki atmosfera Bumi.
Sumber: Futurism