
Cristiano Ronaldo akhirnya menerima hakikat bahawa impiannya membawa Portugal menjuarai Piala Dunia FIFA 2022 terkubur selepas pasukannya tewas baru-baru ini.
Pasukan Portugal tidak dapat melayakkan diri di separuh akhir selepas kalah ditewaskan gergasi dari Afrika, Morocco 0-1 pada Sabtu lalu.
Semasa Piala Dunia berlangsung, Ronaldo diletakkan di bangku simpanan dalam perlawanan kedua berturut-turut selepas berjaya menjaringkan satu gol penalti semasa perlawanan menentang Ghana sebelum itu.
Ekoran kekalahan Portugal pada separuh akhir, Ronaldo dilihat beremosi dan tidak dapat mengawal air matanya ketika berjalan menuju keluar dari padang selepas tamat perlawanan.

Keesokannya, bintang bola sepak berusia 37 tahun itu telah mencurahkan isi hatinya dalam satu kiriman yang penuh emosi di laman Instagram miliknya, berhubung dengan kekalahan Portugal.
Dalam hantaran itu, Ronaldo menulis mengenai impiannya untuk memenangi Piala Dunia bersama Portugal.
Imbas kembali Ronaldo memulakan kariernya bersama skuad kebangsaan Portugal dalam Piala Dunia bermula pada 2006 (Jerman), 2010 (Afrika Selatan), 2014 (Brazil), 2018 (Russia) dan terakhir, 2022 (Qatar).
Difahamkan Piala Dunia yang berlangsung di Qatar pada tahun ini adalah penampilan kali terakhir Ronaldo bersama skuad Portugal di pentas antarabangsa.
Untuk rekod, Portugal layak beraksi dalam lapan edisi Piala Dunia iaitu pada 1966, 1986, 2002, 2006, 2010, 2014, 2018 dan terkini 2022.
Pencapaian tertinggi Portugal dalam Piala Dunia setakat ini adalah berjaya ke peringkat suku akhir pada edisi tahun ini, tempat ketiga pada 1966 dan tempat keempat pada 2006.
Sumber: Cristiano Ronaldo/Instagram