Biasanya mereka akan melayani penumpang pada ketinggian ribuan kaki di udara, tetapi wabak Covid-19 yang melanda menyebabkan sebahagian besar anak kapal Singapore Airlines tidak dapat bertugas di awan biru.
Oleh itu, pada Selasa, kumpulan pertama kabin krew telah memulakan perkidmatan ‘turun padang’ sebagai care ambassadors di Hospital Khoo Teck Puat Singapura.
Krew penerbangan Singapore Airlines akan menyediakan tenaga kerja kepada pasukan perubatan yang telah bekerja melebihi waktu, penjagaan asas kepada pesakit dan penjagaan pemakanan di wad berisiko rendah, menurut kenyataan dari hospital seperti memEtik laporan CNN.
Setakat ini, seramai 30 care ambassadors kumpulan pertama telah menyertai program ini selepas menerima suntikan dan pemeriksaan kesihatan diikuti dengan orientasi di hospital selama 90 minit.
‘Peminjaman’ perkidmatan ini dijangka berlangsung selama tiga bulan.
”Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Singapore Airlines membantu menambah keperluan tenaga manusia pada masa yang mencabar ini, kerana ramai kakitangan telah dialihkan untuk menjaga pesakit berkaitan Covid-19,” kata Ketua Jururawat, Shirley Heng.
Sumber: CNN