PETRONAS mengumumkan penemuan gas di telaga cari gali ‘wildcat’ Kulintang-1, Blok SK438 yang terletak di perairan cetek daerah kecil Balingian, kira-kira 230 km dari pesisir Miri, Sarawak.
Menerusi kenyataan media syarikat itu, telaga berkenaan telah berjaya digerudi sehingga mencecah kedalaman 2,238 meter pada April 2021.
Sementara itu, gas berkenaan telah ditemui di takungan batu pasir Oligosen hingga Pertengahan Miosen yang belum dinilai sepenuhnya sebelum ini.
Kata Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan, kejayaan itu merupakan penemuan gas kedua dalam daerah Balingian pada tahun ini.
“Penemuan gas Kulintang ini boleh digunakan untuk menjana keuntungan menerusi infrastruktur sedia ada untuk memenuhi permintaan pelanggan gas domestik dan juga Kompleks LNG PETRONAS di Bintulu, Sarawak.
Mac lalu, PETRONAS mengumumkan penemuan gas dan minyak baru di telaga cari gali ‘wildcat’ Sirung-1 di Blok SK405B di daerah yang sama.
Sumber: PETRONAS, Bernama