Putrajaya, 5 April – Daerah Petaling kembali menjadi zon kuning COVID-19 dengan penurunan kepada 39 kes aktif daripada 43 kes semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), penurunan itu sekaligus menyebabkan zon merah berkurang menjadi 9 zon.
“Petaling kembali menjadi zon kuning sekaligus menjadikan zon merah berkurang daripada 10 kepada 9.
“Pulau Pinang hanya tinggal satu kes aktif.
“Bagi anda yang tidak terlibat dalam sektor yang mula beroperasi hari ini, terus duduk di rumah kerana ia tempat paling selamat,” tulis KKM.
Setakat ini, sebanyak 9 zon merah, 62 zon kuning dan 82 zon hijau direkodkan di seluruh negara.
Sebanyak 6,298 kes dicatatkan di Malaysia dengan 1,780 daripadanya adalah kes aktif dengan kebolehjangkitan menyebarkan virus tersebut.
Sumber: KKM