
Peserta Maut Terseret & Terhantuk Ketika Sertai Acara Tarik Tali
Acara tarik tali sepanjang 5,000 meter di Makassar, Sulawesi Selatan, yang sepatutnya menjadi rekod terbaru berubah menjadi tragedi selepas seorang peserta maut apabila terhantuk dengan pembahagi jalan, lapor Kompas.
Menurut laporan itu lagi, berpuluh-puluh peserta yang lain turut mengalami kecederaan berikutan kesan daripada acara tarik tali terpanjang tersebut.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Mangsa yang ketika itu sedang berswafoto dipercayai terseret sebelum terhantuk dengan pembahagi jalan dan akhirnya maut. Selain itu, beberapa peserta lain turut tercedera kerana terkena tali berkenaan.
Mangsa telah dibawa ke rumah pengebumian dan berpuluh-puluh peserta yang cedera dirawat di Hospital Pelamonia Makassar.
Datuk Bandar Makassar, Moh Ramdhan Pomanto menerusi temu bual bersama Kompas, menzahirkan ucapan takziahnya dan berjanji akan membiayai semua kos rawatan dan pengebumian mangsa yang terkorban.
Sumber: Kompas