peserta larian dapat hadiah
Kredit: Retno__a
Tiada Kategori

Peserta Larian Dapat Hadiah Bagasi, Tapi Isi Dalamnya Buat Ramai Teruja

Sofea

Peserta Larian Dapat Hadiah Bagasi, Tapi Isi Dalamnya Buat Ramai Teruja

Amalan gaya hidup sihat seperti bersenam dan bersukan sememangnya perlu diterapkan dalam rutin harian setiap orang agar kesihatan diri sentiasa terpelihara.

Malah, kesihatan mental juga akan lebih terjamin kerana bersenam dapat mengurangkan stres.

Disebabkan itu, ramai yang mula menyertai pelbagai aktiviti sihat seperti mendaki gunung, berbasikal dan berlari.

Malah, tidak hairan jika wujudnya acara larian yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan sejak beberapa tahun yang lalu.

Orang ramai kebiasaannya perlu mendaftar dan membayar yuran yang telah ditetapkan oleh penganjur. Selain mendapat medal, kebanyakan penganjur turut akan memberikan hadiah-hadiah yang menarik.

Baru-baru ini tular satu video di Indonesia yang memaparkan satu acara larian dan yang menarik perhatian ramai adalah hadiah yang diperolehi oleh para peserta.

BACA: Peserta Larian Dapat “Goodies” 40Kg, Memang Tergamam Tengok Isinya

BACA JUGA: Pekerja Hanya Diberi Bonus Penuh Jika Berjaya Bersenam 50 Km Sebulan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @retno__a, hadiah yang mereka dapat dari acara itu sangat unik iaitu bagasi pakaian.

“Dah macam nak pergi umrah bawa bagasi macam ni,” seloroh pemilik akaun TikTok itu.

Lebih mencuit hati, para peserta yang baru menamatkan larian itu kelihatan seperti baru pulang dari bercuti ketika membawa bagasi tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut teruja melihat hadiah tersebut termasuk ada yang bertanya mengenai isi di dalam bagasi.

Susulan itu, Retno berkongsi satu lagi video yang memperlihatkannya membuka bagasi terbabit. Di dalamnya, ada pelbagai barangan keperluan seperti beras, susu dan snek.

Orang ramai berkata hadiah itu sangat berbaloi kerana bagasi boleh digunakan lagi untuk tempoh yang lama. Ia juga mendapat perhatian rakyat Malaysia.

“Macam mana nak lari kat Indo ya? Menarik pula dorang punya bag ni”

“Mewah-mewah hadiah dekat sana, nak try join sana punya larian la pulak”

“Bagasi ni boleh bawa pergi melancong nanti”

“Kalau ada dekat Kuala Lumpur ni, kita orang pertama daftar”

Sumber: retno__a