Gambar: Tangkap layar X

Pesawat Frontier Airlines Terbakar Ketika Mendarat Di Lapangan Terbang Las Vegas, AS

Iqbal Yasir

Pesawat Frontier Airlines Terbakar Ketika Mendarat Di Lapangan Terbang Las Vegas, AS

MOSCOW, 6 Okt (Bernama) — Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada, lapor Sputnik yang memetik CBS News.

“Juruterbang mengesan asap dan mengisytiharkan kecemasan… pesawat itu mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta kru dipindahkan melalui tangga udara. Tiada kecederaan dilaporkan dan penumpang telah dibawa ke terminal,” kata jurucakap Frontier Airlines kepada CBS News pada Sabtu.

Punca kejadian itu sedang disiasat, menurut jurucakap syarikat kepada media.

Jabatan Bomba Daerah Clark segera bertindak balas terhadap kejadian itu, menurut jurucakap lapangan terbang berkenaan kepada media dan menambah jentera bomba dan kenderaan perkhidmatan kecemasan tiba di landasan ketika asap menyelubungi pesawat berkenaan.

Klip video yang tular di media sosial menunjukkan bahagian bawah pesawat terbakar semasa pendaratan.

BACA: Tiga Anggota Polis Antara 14 Individu Ditahan Positif Dadah Di Pusat Hiburan

BACA: Keluarga Berdepan Detik Cemas, Sembilan Botol ‘Molotov Cocktail’ Dibaling Ke Rumah

BACA: Tertekan Fikir Anak Di Gaza, Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf

Sumber: BERNAMA