penumpang kunyah passport
Gambar: AI/ImageFX

Pesawat Berdepan Detik Ngeri, Penumpang Tiba-Tiba ‘Kunyah’ Passport

Hannah

Pesawat Berdepan Detik Ngeri, Penumpang Tiba-Tiba ‘Kunyah’ Passport

Suasana panik tercetus dalam sebuah penerbangan Ryanair dari Milan ke London hujung minggu lalu apabila dua penumpang bertindak di luar jangkaan dengan cuba memusnahkan pasport mereka.

Kejadian bermula kira-kira 20 minit selepas pesawat berlepas apabila lampu isyarat tali pinggang keledar dipadamkan.

Menurut saksi, seorang lelaki tiba-tiba mengoyak helaian pasport lalu memasukkan ke dalam mulut dan mengunyahnya. Manakala, rakannya pula cuba melupuskan pasport di dalam tandas pesawat.

Keadaan semakin tegang apabila kru kabin terpaksa mengetuk pintu tandas berkali-kali untuk meminta lelaki berkenaan keluar, namun tidak diendahkan.

Seorang pramugari kemudian membuat pengumuman ringkas yang menambahkan lagi kebimbangan penumpang kerana tiada siapa tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Akibat situasi mencurigakan itu, juruterbang mengambil keputusan melakukan pendaratan cemas di Paris.

Perkongsian saksi

Seorang saksi menceritakan detik itu sebagai “15 minit paling menakutkan dalam hidupnya”.

Saksi lain pula menyatakan, saat pesawat menuruni ruang udara menuju ke lapangan terbang merupakan pengalaman paling mendebarkan.

Setibanya di Paris, polis Perancis segera menaiki pesawat dan menahan kedua-dua lelaki tersebut. Pemeriksaan penuh bagasi dijalankan sebelum pesawat dibenarkan meneruskan perjalanan ke London Stansted.

Difahamkan, insiden terbabit menyebabkan kelewatan selama kira-kira dua jam. Bagaimanapun, Ryanair setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan.

BACA: 3 Wanita Dibunuh Kejam Dalam “Live” Instagram

BACA: Tujuh Maut Dalam Kemalangan Kereta Kabel

BACA: Wanita Maut Terpijak Asid ‘Pelarut Tulang’ Ketika Berjalan Di Kawasan Bukit

Sumber: The Express, The Mirror