Seramai sembilan orang dilaporkan terbunuh di dalam satu nahas yang membabitkan sebuah pesawat yang membawa skydiver berhampiran sebuah lapangan terbang Sweden.
Pesawat yang membawa seramai lapan orang skydiver bersama dengan seorang juruterbang, telah dilaporkan terhempas di luar Orebro sekitar jam 7.20 malam pada Khamis, menurut media tempatan.
Seorang daripadanya mengalami cedera parah dan telah dikejarkan ke hospital, lapor akhbar Sweden Goteborgs-Posten, namun dilaporkan meninggal dunia kemudiannya.
Pesawat ringan itu terhempas kira-kira 100 meter dari landasan, memicu api yang marak di tempat kejadian.
Sebanyak sepuluh buah ambulans digegaskan ke tempat kejadian.
Api dilaporkan telah berjaya dipadamkan.

Carl- Johan Linde, pengurus akhbar di Pentadbiran Maritim Sweden, menyatakan bahawa pesawat itu terhempas berhampiran landasan sejurus selepas ianya berlepas.
Pesawat itu dipercayai telah disewa selama seminggu dari Skane Parachute Club.
Perdana Menteri Sweden, Stefan Löfven terut menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

“Dengan rasa sedih dan hiba saya telah dimaklumkan dengan maklumat tragis mengenai nahas pesawat di Örebro,” ciapnya di Twitter.
“Takziah diucapkan kepada mangsa, keluarga dan insan tersayang dalam masa yang sangat sukar ini.
“Saya ingin menyatakan rasa simpati saya yang amat mendalam atas kesedihan mereka.”
Polis Sweden menyatakan di laman web mereka bahawa ianya adalah satu “nahas yang sangat teruk” di mana “beberapa orang telah meninggal dunia”.
Sumber: Daily Mail