Pesakit Pneumonia Akan Dianggap Positif Covid-19 Sehingga Ujian Makmal Beri Keputusan Negatif – Dr. Noor Hisham

Edayu

Semasa persidangan media harian Perkembangan Covid-19 di Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham menasihatkan para barisan hadapan untuk sentiasaikut garis panduan memakai PPE yang lengkap ketika merawat pesakit bergejala SARI.

Semua anggota kesihatan di barisan hadapan di fasiliti KKM dan swasta diingatkan supaya memakai PPE apabila merawat pesakit bergejala SARI terutama pneumonia.

“Pesakit pneumonia akan dianggap positif Covid-19 sehingga ujian makmal memberikan keputusan negatif,” katanya lebih lanjut.

Sumber: KKM