Pertukaran Cuti Hujung Minggu Negeri Johor Kepada Sabtu dan Ahad Berkuatkuasa 1 Januari 2025
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian pertukaran semula cuti hujung minggu di negeri Johor kepada hari Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari 2025 seperti yang dititahkan oleh Pemangku Sultan Johor, DYAM Tengku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu, institusi pendidikan negeri Johor akan diletakkan bersama-sama dengan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak dan Selangor dalam Kumpulan B yang menetapkan hari Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu.
Perubahan ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2025. Ia akan membabitkan perubahan kepada Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 dan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.