Pertikaian Tanah Pusaka
Kredit: Kompas

Pertikaian Tanah Pusaka Bertukar Tragedi Berdarah

Athirah

Pertikaian Tanah Pusaka Bertukar Tragedi Berdarah

Sebuah pertikaian mengenai tanah pusaka antara dua beradik bertukar tragedi apabila mangsa berusia 43 tahun dilapor maut selepas dibunuh oleh abang kandungnya, lapor portal Kompas.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam di Desa Sendayan, Kecamatan Kampar Utara, Kabupaten Kampau, Riau di Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah (Kasatreskrim) Polres Kampar, AKP Gian Wiatma Jonimandala berkata pertengkaran yang berakhir dengan kematian seorang mangsa berpunca dari masalah tanah pusaka.

Menurut beliau, insiden bermula apabila mangsa bertemu dengan abangnya yang berada di sebuah kedai untuk meminta tandatangan bagi mengesahkan dokumen tanah pusaka.

Kompas melaporkan suspek menolak untuk menandatangani dokumen itu dengan alasan sempadan tanah perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Mangsa mendesak suspek untuk tandatangani dokumen

“Tanah pusaka kami dibahagikan dua, dan kami berdua merupakan anak lelaki. Dia (mangsa) datang ke kedai saya meminta tandatangan bagi menandakan sempadan tanah

“Saya katakan, biarlah dibuat dengan tepat dan surat itu perlu disediakan berdasarkan sempadan sebenar, bukan berpandukan parit,” kata suspek seperti yang dilaporkan dalam Kompas.

Lanjutan daripada itu, pertengkaran menjadi tegang apabila mangsa berang dan mendesak agar tandatangan perlu dilakukan dengan segera.

Mangsa kemudian mengeluarkan sebilah pisau dari celah pinggang dan menikam abangnya di bahagian kiri perut, kepala dan lengan kanan.

Dalam keadaan cemas, suspek sempat mencapai tukul besi dan parang dari kedai berkenaan sebelum berlaku pergelutan yang mengakibatkan mangsa meninggal dunia, manakala suspek mengalami kecederaan.

“Kes ini dikendalikan oleh Balai Polis Kampar. Pegawai penyiasat telah menetapkan lelaki berusia 49 tahun itu sebagai suspek dan menahannya.

“Sementara itu, jenazah mangsa diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan,” ujar Gian lagi.

BACA: Aktivis Flotila Gaza Cerita “Layanan Buruk” Tentera Israel, Ucap Terima Kasih Kepada Türkiye
BACA: Pempengaruh Ditemui Mati Dalam Keadaan Mencurigakan Di Kawasan Gunung
BACA: Lepas Wanita Ni Tanya Soalan, Penumpang Dari Mengantuk Terus ‘Offer’ Nak Pandu Buat Ramai Terhibur
BACA: Proton Pindah 1,400 Kakitangan Pembuatan Ke Tanjong Malim

Sumber: Kompas