Kredit: Kevin Ebi Via Sciphysics

Pertarungan Epik Musang & Helang Berebut Arnab Sampai Terbang 20 Kaki Ke Udara Dirakam, Berakhir Penuh Dramatik

Faiz Mustafa

Cuba bayangkan anda sedang membawa sebiji burger atau sandwich di tangan dan menuju ke ruang TV untuk makan sambil menonton.

Namun ketika anda sedang berjalan, tiba-tiba kakak atau abang merampas makanan tersebut dan membawanya lari. Pasti anda akan rasa ‘frust’ dan marah bukan?

Begitulah kisah yang sempat dikongsikan oleh seorang jurugambar alam, Kevin Ebi yang merakam babak pertarungan burung helang dengan seekor musang demi merebut seekor arnab.

Memetik artikel Sciphysics, kejadian penuh dramatik lagi mendebarkan itu berlaku di Pulau San Juan, Washington State baru-baru ini.

Ketika itu, Kevin melihat seekor burung helang botak sedang mencuri seeokor arnab daripada seeokor musang merah. Maklumnya, pertempuran tersebut berlaku lebih dari 20 kali.

“Ia sebuah pengalaman yang sangat unik! Saya pernah lihat helang botak mencuri makanan daripada burung gagak, burung bangau biru dan helang yang lain. Tapi saya tak pernah lihat kejadian mencuri yang seperti itu.

“Saya dah jadi jurufoto alam selama hampir 20 tahun dan saya percaya setiap binatang mempunyai cerita untuk diceritakan,” kata Kevin.

Beliau berpendapat bahawa setiap gambar pasti ada cerita yang tersendiri dan bukan hanya sekadar gambar yang cantik.

“Ia adalah minat saya, jadi saya sentias berusaha untuk dapatkan yang terbaik”, katanya lagi.

Ternyata memang hebat cerita mengenai helang, musang dan arnab ini. Lihat ke bawah untuk melihat sendiri gambar luar biasa dan jarang dilihat hasil bidikan lensa Kevin ini.

Kredit: Kevin Ebi Via Sciphysics

“Helang tersebut tidak mahu berusaha lebih untuk mendapatkan makanan, jadi ia memilih jalan mudah,” kata Kevin.

Kredit: Kevin Ebi Via Sciphysics

“Beberapa hari yang lalu, saya sempat merakam babak kecurian yang mencuit hati dan sangat dramatik.”

Kredit: Kevin Ebi Via Sciphysics

“Lebih menarik lagi, pertarungan tersebut berada di udara sehingga mencecah 20 kaki dari tanah.”

Kredit: Kevin Ebi Via Sciphysics

“Lalu di belakang saya dengar suara burung helang botak itu. Saya tahu dia mahukan arnab tersebut.”

Kredit: Kevin Ebi Via Sciphysics

“Mengejutkan, pertarungan itu lebih dramtik dari jangkaan saya.”

Kredit: Kevin Ebi Via Sciphysics

“Sangkaan saya, musang itu akan melepaskan arnab itu dan merelakannya kepada helang.”

Kredit: Kevin Ebi Via Sciphysics

“Malah, musang tersebut dengan menggunakan rahangnya dia masih menggigit arnab itu yang tanpa sengaja disambar oleh helang.”

Kredit: Kevin Ebi Via Sciphysics

“Pertarungan sengit tersebut bertahan lebih kurang 8 saat, sehingga boleh digelar ‘musang terbang’.”

Kredit: Kevin Ebi Via Sciphysics

Musang dalam keadaan baik sahaja selepas pertarungan. “Ia meninggalkan pertarungan itu dan pergi bersama musang-musang lain.”

Kredit: Kevin Ebi Via Sciphysics

“Saya mengambil beberapa gambar selepas pertarungan itu, tapi tidak kelihatan sebarang luka padanya.”

Sumber: Sciphysics