Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Kali Ke-28 Cipta Rekod Baharu
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) Ke-28, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri, telah sampai ke kemuncaknya dengan Pertandingan Akhir yang melibatkan 16 peserta bertarung dalam kemahiran memasak di The Campus Ampang, dan seterusnya menutup tirai persaingan kulinari selama dua bulan bagi pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
MAGGI® terus mengangkat kreativiti, bakat dan semangat pelajar yang membentuk masa depan budaya makanan Malaysia, dengan tema akhir tahun ini Dari Negeri ke Pentas Dunia.
Tahun 2025 menyaksikan rekod tertinggi dengan 2,044 penyertaan pelajar berumur 13-17 tahun dari 16 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan). Seramai 866 pelajar bersaing di peringkat negeri. Buat pertama kalinya, pertandingan mengalukan penglibatan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, membuka peluang kepada lebih ramai bakat muda untuk meneroka kemahiran asas memasak, menjalin hubungan sihat dengan makanan dan mengamalkan pemakanan seimbang, semuanya sambil mengetengahkan kreativiti dan minat masing-masing beraksi di dapur.
Mengasah Kemahiran dan Memberi Inspirasi kepada Generasi Tukang Masak Harian Akan Datang di luar Bilik Darjah
Sejak 1997, kerjasama erat MAGGI® dengan Kementerian Pendidikan (KPM) berpegang kepada komitmen untuk membimbing generasi baharu dalam amalan memasak dan pemakanan seimbang. Sepanjang MSSCC, pelajar-pelajar bukan sahaja mengasah kemahiran memasak tetapi juga membangunkan kemahiran hidup penting seperti kerjasama sepasukan, kreativiti dan kesungguhan, semuanya merupakan asas penting untuk mencapai kejayaan masa depan.
Cik Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura, juga berkongsi pandangan tentang kerjasama jangka panjang dengan KPM: “Kami amat menghargai sokongan berterusan daripada Kementerian selama 28 tahun. Tahun ini, sekali lagi kami komited untuk memupuk tabiat memasak seimbang dan pemakanan sihat dalam kalangan generasi muda Tukang Masak Harian. Lebih 350,000 pelajar telah mengasah kreativiti mereka di dapur sejak MSSCC bermula, dan ini merupakan insipirasi besar untuk kami di MAGGI®.
Melalui MSSCC, para pelajar belajar lebih daripada sekadar resipi. Mereka membina keyakinan diri, bekerjasama dengan rakan sebaya dan merasai keseronokan menyediakan hidangan seimbang yang meraikan kepelbagaian budaya makanan Malaysia. Pertandingan seperti ini memperkenalkan mereka kepada asas kulinari sambil memberi ruang untuk berimpian dan bereksperimen. Semangat waja, sifat ingin tahu dan minat mereka yang begitu mendalam mengingatkan saya segala yang boleh kita capai apabila kita berkongsi, belajar dan berkembang maju bersama-sama. Perjalanan mereka ternyata penuh inspirasi seperti hidangan yang dicipta mereka.”
Selepas menjalani proses pemilihan yang teliti di mana para pengadil menilai kreativiti, rasa, persembahan dan keseimbangan nutrisi dalam resipi 16 peserta akhir, lima juara kebangsaan dipilih. Masing-masing menunjukkan kemahiran kulinari dan kreativiti luar biasa yang benar-benar menambat selera barisan pengadil.
Lima pemenang kebangsaan ialah:
1. Muhammad Adiy Naufal Bin Muhammad Hazrul dan Nur Muslihah Najwa Binti Hamizan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bemban, Melaka
2. Dhiya Hanis Syamimi Binti Faizatu Afkhma dan Nur Atiqah Elisya Binti Zulfatihi, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan
3. Muhammad Asner Bin Asnal dan Muhammad Alfian Bin Saadon, SM St. Mary, Sabah
4. Muhammad Amsyar Haikal Bin Abdullah dan Muhammad Danial Asyraf Bin Awang @ Ahmad, SMK Belara, Terengganu
5. Mohammad Aidil Zaqwan Bin Mirza and Muhammad Airil Haikal Bin Abdullah, SMK Bandar Sibu, Sarawak
Muhammad Adiy Naufal Bin Muhammad Hazrul dan Nur Muslihah Najwa Binti Hamizan paling menyerlah, dinobatkan juara MSSCC 2025.
“Setiap peserta MSSCC adalah juara di mata kami. Setiap pelajar telah menyerlahkan kemahiran, kreativiti dan minat mendalam untuk memasak di dapur, menunjukkan apa yang perlu bukan sahaja untuk cemerlang dalam pertandingan ini tetapi sebagai tukang masak muda setiap hari,” ujar Chef Sharifah dari MAGGI® dengan penuh bangga.
“Satu pasukan benar-benar menonjol dalam kalangan semua pasukan yang berbakat tahun ini kerana keupayaan luar biasa mereka menyerlahkan cita rasa tradisional, dan menambah kelazatan sajian negeri mereka dan pada masa yang sama mengekalkan keseimbangan khasiatnya.
Finalis negeri dan pemenang Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) 2025 mempamerkan semangat kerjasama berpasukan dan kreativiti kulinari di Grand Finale.Dengan prinsip Suku-Suku Separuh daripada Pinggan Sihat Malaysia, para pelajar berjaya mempamerkan pemahaman asas pemakanan seimbang.
Ibu bapa turut diperkenalkan kepada inisiatif baharu daripada program Nestlé For Healthier Kids, termasuk demonstrasi masakan interaktif dengan tip praktikal menyediakan hidangan cepat dan seimbang di rumah, untuk menggalakkan tabiat makan sihat seisi keluarga.
Muhammad Adiy Naufal Bin Muhammad Hazrul dan Nur Muslihah Najwa Binti Hamizan dari SMK Seri Bemban, Melaka, telah muncul sebagai juara, pasukan Dhiya Hanis Syamimi Binti Faizatu Afkhma dan Nur Atiqah Elisya Binti Zulfatihi from SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan telah dipilih sebagai naib juara dan Muhammad Asner Bin Asnal dan Muhammad Alfian Bin Saadon dari SM St. Mary, Sabah berjaya mendapat tempat ketiga.

Muhammad Adiy Naufal Bin Muhammad Hazrul dan Nur Muslihah Najwa Binti Hamizan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bemban, Melaka berjaya menzahirkan tema Dari Negeri ke Pentas Dunia dengan hidangan mereka yang diinspirasikan daripada masakan Perancis di Grand Finale MSSCC 2025.Muhammad Adiy Naufal Bin Muhammad Hazrul dan Nur Muslihah Najwa Binti Hamizan, SMK Seri Bemban, Melaka, juara Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) Ke-28, berkongsi pandangan tentang kemenangan mereka: “Kami memasak Grilled Duck dengan MAGGI® Percik ala Thai Sauce dan Salsa Mango dihidangkan bersama Garlic Bread, suatu menu yang diinspirasi dari hidangan Perancis yang terkemuka, Duck L’Orange.
Seiiring dengan tema, Dari Negeri ke Pentas Dunia, MSSCC memberi peluang untuk kami meneroka masakan moden dan solusi makanan dari MAGGI® yang membantu dalam hidupan seharian sambil mengekalkan rasa asli.
Encik Muslim Bin Mustapa, Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Encik Ahmad Zaki Bin Ab. Majid, Penolong Pengarah Kanan, Sektor TVET, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka; Encik Mohd Elyia Bin Hauzar, Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka; Muhammad Adiy Naufal Bin Muhammad Hazrul, pemenang Grand Finale MSSCC 2025; Encik Jalaluddin Bin Ismail, Timbalan Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia; Nur Muslihah Najwa Binti Hamizan, pemenang Grand Finale MSSCC 2025; Puan Imelda Binti Matlin, guru dari SMK Seri Bemban, Melaka; dan Cik Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura.Pertandingan ini juga membuatkan kami lebih menghargai kepelbagaian budaya makanan Malaysia. Berkongsi resipi sendiri dan mencuba resipi tradisional rakan lain menambahkan lagi rasa bangga saya terhadap warisan dan komuniti.

Guru kami pernah berkata, ‘Jangan hanya masak untuk pertandingan, masaklah kerana cerita kamu, masaklah untuk orang yang kamu sayang.’ Kata-kata itu memberi inspirasi untuk kami menonjolkan sejarah dan budaya di sebalik hidangan ini, menjadikan persembahan serta nilai pemakanannya lebih bermakna.
MSSCC menggalakkan kami untuk sentiasa memasak dengan penuh perhatian, kreativiti dan memastikan setiap hidangan seimbang. Kami berharap untuk terus belajar dan berkongsi kecintaan kami pada makanan dalam kehidupan seharian dan juga kerjaya masa depan.”

Cabaran Mystery Box menambah kelainan pada Grand Finale MSSCC 2025 dengan menguji kreativiti dan pemikiran inovatif para finalis untuk menggunakan kemahiran mereka dalam menghasilkan hidangan seimbang.Dhiya Hanis Syamimi Binti Faizatu Afkhma dan Nur Atiqah Elisya Binti Zulfatihi dari SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan, naib juara MSSCC berkata: “Kami memasak Sushi Itik Percik dengan Sos Hijau. Untuk MSSCC, kami mahu mengekalkan identiti resipi itu tetapi dalam versi yang lebih sihat.
Kami menggunakan teknik memanggang menggunakan air fryer berbanding menggoreng dan tambahkan lebih banyak sayuran. Pengalaman ini membuka mata kami bahawa resipi tradisional boleh diolah semula supaya lebih berkhasiat tanpa hilang keaslian.
MAGGI® terus meraikan kreativiti, bakat dan semangat para pelajar yang membentuk masa depan budaya makanan Malaysia melalui MSSCC 2025.MSSCC turut mendidik anak muda seperti kami tentang asas-asas makanan di samping menekankan kepentingan kreativiti, semangat berpasukan dan ketekunan. Nilai-nilai ini akan kami kenang dan amalkan selamanya.”
Cik Ivy merumuskan: “Saya memuji semua pelajar yang telah mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh dan berusaha sedaya-upaya dalam MSSCC. Berlandaskan semangat MAGGI®, pertandingan ini melambangkan perkongsian, pembelajaran dan penciptaan bersama. Setiap chef muda di sini telah menunjukkan minat mendalam dan bakat luar biasa, dan saya harap pengalaman ini memberi inspirasi kepada mereka untuk terus memasak, mencuba resipi dan meraikan cita rasa luar biasa Malaysia.”
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang MSSCC MAGGI®, sila layari: https://www.maggi.my/ms/memupuk-generasi-muda/