reaksi atuk naik kereta tanpa pemandu
Kredit: LADbible Ireland via Facebook

Pertama Kali Naik Kereta Tanpa Pemandu, Reaksi Atuk Curi Perhatian Ramai

Athirah

Pertama Kali Naik Kereta Tanpa Pemandu, Reaksi Atuk Curi Perhatian Ramai

Perkhidmatan e-hailing tidak hanya berperanan sebagai penyelesaian pengangkutan, malah ia menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara.

Tidak dinafikan, perkhidmatan seperti ini memudahkan pergerakan ke destinasi yang hendak dituju, lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak mempunyai kenderaan peribadi.

Seiring dengan peredaran zaman, kereta tanpa pemandu sebagai perkhidmatan e-hailing kini semakin meluas digunakan di luar negara.

Ia sekaligus menjadi pengalaman baru yang menyeronokkan kepada mereka yang pertama kali menggunakan perkhidmatan tersebut.

Mula-mula rasa takut, reaksi atuk rasa teruja naik kereta tanpa pemandu curi tumpuan

Menerusi video yang dikongsikan oleh LADbible Ireland, reaksi seorang lelaki berusia 81 tahun apabila kali pertama menaiki kereta tanpa pemandu menjadi viral dan mendapat perhatian warganet.

Difahamakan, perkhidmatan itu ditempah oleh seorang wanita, Amanda dipercayai ahli keluarga terdekat kepada lelaki tersebut.

Pada awalnya, lelaki berkenaan bersama seorang rakan serta Amanda menunggu ketibaan kereta tanpa pemandu tersebut di tepi jalan.

Apabila mereka memasuki ke dalam kereta, warga emas itu segera dapat mengesan sesuatu yang aneh apabila tiada pemandu di tempat duduk pemandu.

“Macam tak percaya. Polis akan melihat semua ini,” ujarnya.

Sepanjang perjalanan, warga emas tersebut kelihatan teruja, namun pada masa yang sama sedikit cemas dengan pengalaman yang dilaluinya.

Ketika mereka menghampir kawasan persimpangan, lelaki tersebut menjadi ragu-ragu dan khuatir sekiranya kereta berkenaan melanggar apa-apa objek di luar.

Sempat memuji kecekapan kenderaan tersebut

Namun, dia berasa kagum apabila kereta itu dapat membelok dengan lancar, manakala rakannya masih kelihatan panik dan kelihatan keliru.

“Saya takkan lupa perkara ini. Takkan. Kereta itu melakukan kerja yang cekap daripada pemanduan manusia.

“Apa yang sedang berlaku kepada dunia ini,” katanya lagi.

Video tersebut turut memaparkan reaksi mereka apabila kenderaan yang dinaiki menuju ke arah lampu isyarat.

Mulanya, dia meluahkan rasa bimbang jika kereta tersebut tidak akan berhenti atau melanggar kereta di hadapan.

Tetapi, dia merasa lega apabila mendapati kereta itu mula membrek dan berhenti pada jarak selamat di belakang kenderaan yang lain.

Datuk berusia 81 tahun merasakan harinya menjadi lebih bermakna

“Awak buatkan hari saya lebih bermakna,” katanya kepada Amanda.

Lelaki tersebut turut memuji kenderaan itu mampu berada di lorong yang betul dan membelok dengan sempurna biarpun tidak dikendalikan oleh manusia.

BACA: Wanita Gaza Cipta Sistem Penapis Air, Boleh Proses Air Laut Jadi Air Minuman

Sumber: LADbible Ireland via Facebook