Pertama Kali Ke Malaysia, KP Badan Buruh Dunia Dijamu Durian, Ini Reaksinya Tentang Malaysia
Malaysia sememang terkenal dengan pelbagai keunikan, bukan saja kerana rakyatnya yang berbilang kaum, tapi juga syurga kepada aneka buah-buahan dan makanan tempatan yang unik.
Di Asia Tenggara khususnya Malaysia, durian antara buah yang paling digemari ramai. Tak hairanlah mengapa ia digelar ‘Raja Buah’, yang sudah sebati dengan masyarakat di rantau ini.
Bagi pelancong yang datang ke Malaysia, pastinya tidak lengkap percutian jika tidak mencuba walaupun seulas buah ini.
Itulah momen sewaktu Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Gilbert F. Houngbo melawat ke Malaysia buat kali pertama dalam sejarah.
Durian Diplomacy Di Malaysia
Menerusi perkongsian Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaparkan Gilbert mencuba raja buah itu termasuk juadah Melayu bersama pemimpin tripartite Malaysia, melibatkan wakil kerajaan, majikan dan pekerja.
Gambar: KESUMABeliau mencuba makanan itu bersama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dalam satu jamuan rasmi, meraikan kunjungannya ke sini.
Melihat gambar yang dimuat naik KESUMA, jelas terpancar riak wajah teruja Gilbert ketika menikmati raja buah itu buat kali pertama.
Gambar: KESUMALawatan Ketua ILO Bukti Keyakinan Dunia Terhadap Malaysia
Kehadiran Ketua ILO ke Malaysia bukan sekadar lawatan biasa, malah menjadi tanda keyakinan dunia terhadap model tripartite Malaysia dalam pengurusan tenaga kerja.
Malah, badan buruh dunia itu mengakui Malaysia sebagai contoh negara harmoni dalam pengurusan tenaga kerja.
Gambar: KESUMAMesyuarat ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara ILO dan Malaysia dalam memperkasa agenda pekerjaan negara, khususnya dalam fasa baharu Decent Work Country Programme (DWCP) 2026–2030.
Gambar: KESUMASecara tidak langsung, kunjungan ini memberi tumpuan kepada penyediaan peluang pekerjaan yang adil dan mampan, memperluas perlindungan sosial kepada semua pekerja, serta memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif selaras dengan keutamaan sosioekonomi negara.
Lawatan bersejarah Gilbert ke Malaysia ini dapat memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan ILO selain mengangkat imej negara di persada antarabangsa.
Sumber: Kementerian Sumber Manusia