Transplantasi kornea buatan pertama di dunia dilaporkan telah berjaya dilakukan, lapor Business Insider.
Ia dilakukan pada 11 Januari lalu di Hospital Beiliinson di Israel yang juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Rabin.
Prosedur tersebut dikendalikan oleh pakar di Israel melalui CorNeat yang mendapat persetujuan untuk ujian klinikal pada bulan Julai tahun lalu.
Setelah hilang penglihatan sejak 10 tahun lalu kerana kornea cacat, seorang pesakit berusia 78 tahun adalah orang pertama yang kembali boleh melihat setelah implan dipasang pada matanya.
Digelar KPro, implan tiruan boleh menggantikan kornea yang cacat atau rosak. Ia direka dengan tisu nano sintetik yang tidak dapat dihancurkan.
Ketua pegawai perubatan CorNeat Vision, Dr Gilad Litvin berkata bahawa prosedurnya ‘agak mudah’ dan operasi itu memakan masa kurang dari satu jam.
CorNeat memilih 10 pesakit percubaan yang mengalami rabun dan yang pernah menjalani pemindahan kornea yang gagal pada masa lalu atau tidak menjadi calon yang sesuai untuk pemindahan.
Pemindahan kornea adalah prosedur biasa untuk memulihkan penglihatan namun ia hanya dapat dilakukan dengan kornea penderma yang mempunyai permintaan yang tinggi.
Dengan adanya kornea buatan itu, ia diharap akan membolehkan berjuta-juta pesakit buta di seluruh dunia mendapatkan kembali penglihatan.
Sumber: Business Insider