Sebuah persidangan yang akan membincangkan topik ‘Doing Business Under Coronavirus’ yang dirancang diadakan pada Jumaat ini di New York terpaksa dibatalkan keranan ancaman Covid-19, lapor Bloomberg.
Pihak penganjur juga dilapor turut membatalkan perjumpaan-perjumpaan lain yang dijadualkan berlansung sepanjang tempoh persidangan bermula 11 Mac hingga 4 April ini.
Persidangan tersebut menjadi antara acara mega terkini di Amerika Syarikat yang terpaksa dibatalkan kerana kebimbangan wabak berkenaan.
Amerika Syarikat melaporkan pertambahan bilangan kes yang setakat ini sudahpun melebihi 1000 kes, manakala sekurang-kurang 38 orang dilaporkan meninggal dunia.
Terbaru, pelakon popular Hollywood, Tom Hanks dan isterinya juga disahkan positif Covid-19.
Sumber: Bloomberg