KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, tular video seorang pengguna media sosial didakwa mempersenda dan menyalahgunakan kemudahan khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU) apabila mereka mengambil tempat parkir khas untuk golongan tersebut.
Polis mengesan empat individu yang didakwa terlibat dengan kejadian tersebut untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, satu laporan daripada seorang wanita telah diterima oleh pihaknya setelah pengadu menonton klip video berkenaan semasa berada di bangunan Parlimen di sini pada Khamis.
Menurut pengadu, video berkenaan menunjukkan suspek bertindak mengajuk pergerakan dan perbuatan seolah-olah mereka adalah golongan OKU fizikal. Salah satu suspek berlakon tempang sambil membuat bunyi seakan beruk serta bergelak ketawa.
Tambah Eng Lai, video kedua pula memaparkan dua suspek wanita yang menyalahgunakan tandas khas OKU di sebuah stesen minyak.
Sumber: Sinar Harian