Seorang lagi atlet Paralimpik dari Malaysia melakarkan sejarah apabila berjaya menyumbangkan pingat perak kepada negara. Berdepan cabaran sengit daripada juara bertahan David Smith, Chew Wei Lun menyumbangkan pingat yang ketiga buat kontijen Malaysia di temasya Paralimpik Tokyo.
Chew Wei Lun yang beraksi dalam kategori individu bercampuran acara Boccia itu tewas kepada atlet Great Britain 2-4 dalam persaingan yang sengit. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Chew Wei Lun atas pencapaian tersebut.
Kami kongsikan juga aksi yang dipamerkan oleh pemenang pingat Perak ini dalam memberikan saingan sengit kepada juara bertahan dari Great Britain itu.
Sumber: Bernama