Pada sebelum ini, gambar yang memaparkan seorang lelaki berusia 87 tahun yang disahkan dijangkiti dengan virus Covid-19 melihat matahari terbenam bersama dengan doktornya telah menjadi tular di media sosial.
Menurut Daily Mail, kedua-dua mereka sedang dalam perjalanan untuk menjalani pemeriksaan CT. Ketika menuju ke bilik untuk membuat pemeriksaan CT itu, doktor tersebut telah menanyakan kepada lelaki berkenaan sama ada dia ingin berhenti sejenak untuk menyaksikan matahari terbenam atau tidak.
Seorang pembantu perubatan lain yang mengikuti mereka kemudiannya telah mengambil gambar mereka ketika mereka sedang menikmati detik indah tersebut.
Selepas sebulan lelaki itu dilaporkan terlantar di katil hospital, dia telah disahkan sihat dan discaj daripada hospital tersebut.
Pada 4 September yang lalu, People’s Daily melaporkan bahawa kedua-dua mereka telah disatukan semula dan melihat detik-detik matahari terbenam itu di hospital yang sama.
Sumber: People’s Daily, Daily Mail