Pakcik OKU Dipukul Tunai Umrah
Gambar: TikTok @umrahandalusiahq
Tiada Kategori

Pernah Tular Dipukul, Pakcik OKU Tunai Umrah Bersama Keluarga

Iqbal Yasir

Pernah Tular Dipukul, Pakcik OKU Tunai Umrah Bersama Keluarga

Setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan tentunya terselit hikmah. Begitunya kisah salah seorang insan Orang Kurang Upaya (OKU) dikenali Faizan ini yang pernah tular dipukul di sebuah pasar baru-baru ini .

Siapa sangka, di sebalik ujian yang menyayat hati, Allah telah mengangkat darjatnya untuk menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah.

Momen manis itu dikongsikan akaun TikTok agensi pelancongan, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.

Dalam klip berkenaan, dia yang lengkap memakai pakaian ihram berjalan bersama ahli keluarga tercinta mengelilingi Kaabah.

“Alhamdulillah, keluarga tetamu istimewa, Pakcik Faizan, telah selamat tiba di bumi suci Makkah Al-Mukarramah dan berjaya menyempurnakan ibadah umrah yang wajib bagi mereka sekeluarga,” tulis kapsyen pada klip itu.

Momen ini menjadi bukti takdir-Nya penuh dengan hikmah dan menjadi bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang terpilih.

“Terima kasih kepada semua yang telah menitipkan doa buat Pakcik Faizan dan keluarganya,” kongsi agensi pelancongan itu.

Perkongsian klip itu nyata menyentuh hati ramai warganet yang menonton di platfom media sosial berkenaan.

Sebahagian mereka tidak turut sama bersyukur rezeki yang diberikan lelaki itu sekeluarga untuk menjadi tetamu Allah dan menitipkan doa untuk mereka.

Berikut antara komen pengguna;

“Syukur Alhamdulillah,” komen seorang pengguna.

“Jangan khuatiri gelap langit dengan sahutan guruh dan petir kerana akhirnya dituruni hujan yang jernih,” titip nasihat daripada seorang warganet.

“Pasti airmata mengalir nampak rumah Allah,” komen seorang pengguna.

“Allah. Terasa seperti saya sendiri yang berada di sana. Doakan saya dan keluarga berangkat mengerjakan umrah bersama Andalusia (Miri). Terima kasih cameraman atas moment ini. Allahu akhbar,” luah seorang lagi.

Sumber: TikTok @umrahandalusiahq

BACA: “Meremang bulu roma”, Ini Ucapan TMJ Dalam Bilik Persalinan

BACA: Ketahui Syarat Kelayakan MySalam 2025

BACA: 200 Pelajar Sekolah Terima Bantuan Persekolahan Menerusi Program Titipan Kasih Back To School

BACA: Berkuat Kuasa 31 Mac Ini, Aplikasi MAE Hanya Sokong iOS 14 Hingga Terkini

BACA: Patut Atlet Terkaya Di Dunia, Ini Perniagaan Dilakukan Cristiano Ronaldo