amin ketam nipah
Kredit: Amin Ketam Nipah

Pernah Tular Dengan Video Gorgon, Amin Ketam Nipah Masuk ICU, Ditidurkan

Sofea

Pernah Tular Dengan Video Gorgon, Amin Ketam Nipah Kini Ditidurkan Di ICU

Pencipta kandungan media sosial, Amin Ketam Nipah kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan.

Menurut isterinya, Amin kini berada dalam keadaan yang sangat lemah.

Dia turut memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat suaminya.

“Assalamualaikum rakan sahabat semua..saya Neyla, isteri kepada Amin Ketam Nipah ingin memaklumkan bahawa abang Amin masuk ICU dan sudah ditidurkan kerana keadaannya yang sangat lemah. Mohon jasa baik semua doakan untuk abang Amin,” katanya.

Amin sebelum ini pernah tular menerusi video ‘gorgon’ yang memaparkannya bersama rakan yang lain menangkap ikan di dalam sawah.

Menerusi tinjauan di Facebook miliknya sejak beberapa minggu yang lalu, Amin sering berkongsi keadaan kesihatannya. Namun tidak dipastikan apa penyakit yang dihidapinya.

BACA: Seram, Wanita Terkejut Dapati “Gorgon” Gemuk Pecah Masuk Rumah Ikut Bilik Air

Beberapa video turut memperlihatkannya berada di hospital untuk menerima rawatan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Amin kembali sembuh seperti biasa.

“Semoga Allah SWT mengangkat segala sakit hang Amin, cepat sembuh, Allah SWT maha menyembuh segalanya”

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, semoga Cikgu Amin cepat sembuh dan kembali pulih serta sihat walafiat seperti sediakala”

“Allahuakbar, moga dipermudahkan segala urusan dan diberi Kesihatan yang baik”

Sumber: Amin Ketam Nipah