
Pernah Cipta Rekod Terjun Dari Sempadan Angkasa, Felix Baumgartner Maut Kemalangan Paragliding
Seorang atlet sukan ekstrem yang pernah memecahkan rekod terjunan tertinggi di dunia daripada sempadan angkasa lepas dilapor meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan paragliding.
Felix Baumgartner, 56, dilapor terjatuh berdekatan kolam di sebuah hotel ketika terbang melintasi kawasan kampung di Porto Sant’Elpidio di wilayah Marche, Itali.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar Porto Sant’Elpidio, Massimiliano Ciarpella, laporan mencadangkan bahawa Baumgartner berkemungkinan berdepan dengan masalah kesihatan di udara sebelum tragedi itu berlaku.
Viral terjun dari sempadan angkasa, Felix Baumgartnet maut kemalangan ketika paragliding
Massimiliano turut menghulurkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan menyifatkan Felix sebagai “simbol keberanian dan minat mendalam kepada sukan ekstrem”
Digelar Austrian Daredevil, Felix mencuri tumpuan apabila memecahkan rekod terjunan tertinggi di dunia dan sound barrier pada 2012.
Mendiang ketika itu terjun daripada belon pada ketinggian lebih 39 kilometer (128,000 kaki) dari kawasan sempadan angkasa yang dikenali sebagai stratosfera.
Beliau juga dikenali sebagai Fearless Felix menerusi penglibatannya dalam sukan ekstrem sebelum ini.
Sementara itu di akaun media sosialnya, para peminat sukan ekstrem dari serata dunia berkumpul meninggalkan komen ucapan takziah pada hantaran terakhir yang dibuat oleh Felix sebelum ini.
BACA: Penyiasat Paranormal Popular Maut Ketika Jelajah Bersama Patung Annabelle
Sumber: BBC