Pelik tapi benar, sebuah perkampungan di Poland akhirnya menyambut kelahiran seorang bayi lelaki setelah 10 tahun hanya menyaksikan kelahiran bayi perempuan sahaja.
Memetik laporan Daily Mail, kampung Miejsce Odrzanskie di selatan Poland yang hanya mempunyai 300 populasi sahaja menjadi perhatian dunia pada tahun lalu apabila datuk bandar di wilayah itu akan memberikan ganjaran kepada pasangan pertama yang berjaya melahirkan bayi lelaki.
Kini, setelah 10 tahun, lahirnya seorang bayi lelaki yang membuatkan perkampungan itu ‘riuh’.
Datuk Bandar, Rajmund Frischko, memberitahu kepada The First News bahawa ia merupakan berita gembira terutama ketika mereka semua sedang menghadapi pandemik Covid-19 ketika ini.
“Setiap kelahiran adalah istimewa, namun kelahiran bayi lelaki ini merupakan harapan masa depan,” katanya.
Ibu kepada bayi itu, Anna Milek berkata kepada media tempatan bahawa kelahiran bayinya itu pada 2 Mei yang lalu merupakan keajaiban berganda berikutan pembedahan yang dilaluinya.
Sumber: Daily Mail