Seorang peminat yang setia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyokong individu atau kumpulan kegemarannya.
Bagi seorang penyokong pasukan Terengganu Footbal Club (TFC), dia sanggup memanjat pagar stadium untuk melihat pasukan kegemarannya beraksi beberapa tahun lalu.
Pun begitu, dia akhirnya menyedari tindakannya menyelinap ke dalam stadium itu adalah satu kesalahan. Susulan itu, penyokong berkenaan kini tampil ke hadapan untuk menebus semula kesilapan lalu dan membayar semula harga tiket tersebut.
Hal ini dikongsikan TFC di laman rasmi Facebook mereka dan mendapat lebih 3,100 tanda suka dalam tempoh empat jam sahaja.
Sumber: Terengganu Football Club