
Dalam dunia ini, penyakit boleh datang dari pelbagai bentuk termasuklah daripada psikotik iaitu daripada minda kita yang menganggu masalah dengan kehidupan realiti dan berkemungkinan ia tidak dapat mengawal dalam kehidupan seharian.
Mungkin ramai yang tahu dengan nama penyakit ini, mungkin juga ada yang belum tahu apa sebenarnya punca penyakit ini dan kenapa ia terjadi. Masalah mental ini bukan menjadi satu maslaah besar kepada individu tetapi cara untuk mengawalnya.
Begitulah perkongsian yang diberikan oleh Muhammad Faris Nazrin menerusi akaun Twiiternya sewaktu mengimbas semula perjalanan hidupnya sebagai seorang penyakil Schizoaffective Disorder iaitu sejenis penyakit mental yang ada simptom psikotik dan perasaan.
Perkongsiannya di laman Twitter untuk membuka mata para masyarakat tentang kehidupan pesakit seperti ini.

Menurutnya, dia bukan seperti pensakit yang lain yang hanya bercakap berseorangan di tempat umum tetapi hampir separuh masa dia hanya layan seorang sahaja. Dia juga menerangkan mengenai halusinasi visual akan muncul dalam pelbagai bentuk makhluk menyerupai manusia.

Untuk pengetahuan anda, delusi ini jauh berbeza daripada halusinasi walaupun namanya seakan sama tetapi cirinya berbeza. Contohnya, bagi Faris ketika dia dalam keadaan delusi, dia seakan-akan rasa seperti orang lain tidak menyukainya. Dan beranggapan ada orang yang mengata dari belakang.

Bagi pengetahuan umum, simptom ini sejenis negatif daripada Schizofrenia di mana dirinya tidak boleh berada dalam keadaan yang ramai orang. Boleh dikatakan dia akan rasa rimas dan tidak boleh disentuh lama.


Mania pula adalah tenaga yang berlebihan. Apabila simptom ini berlaku boleh melakukan perkara yang paling memalukan di tempat awam. Sesetengah orang yang mengalami mania ini akan sukar untuk tidur.


Sumber: Muhammad Faris Nazrin