Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai yang mempunyai sejarah perjalanan ke lokasi berisiko COVID-19 agar tidak terus ke hospital, sebaliknya mendapatkan nasihat kesihatan terlebih dahulu.
Hal ini dinyatakan dalam satu kenyataan media mereka di laman web rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
“Sekiranya terdapat sejarah perjalanan, orang awam dipohon untuk tidak terus pergi ke fasiliti kerajaan.
“Namun, disarankan agar mendapatkan nasihat kesihatan terlebih dahulu melalui virtual health advisory atau Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) hotline,” tulis kenyataan itu.
Bagi anda yang ingin mendapatkan khidmat nasihat, berikut merupakan maklumat perkhidmatan tersebut.
Selepas jam 5 petang, anda boleh mengakses perkhidmatan nasihat kesihatan melalui khidmat syarikat swasta berikut;
DoctorOnCall beroperasi daripada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari (Isnin hingga Ahad)
BookDoc beroperasi 24 jam setiap hari. Sila rujuk laman sesawang DoctorOnCall dan BookDoc untuk kadar bayaran yang dikenakan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang ingin diajukan kepada pakar perubatan, anda boleh layari laman rasmi KKM (Tanya Doktor) bagi mendapatkan nasihat mereka.
Sumber: KP Kesihatan