Bintang filem Star Wars, Peter Mayhew yang membawa watak Chewbacca dalam filem Star Wars telah meninggal dunia di kediamannya di Texas Utara pada umur 74 tahun. Kematiannya telah diumumkan sendiri oleh keluarganya pada 30 April 2019 dengan meninggalkan isterinya, Angie Mayhew dan tiga orang anaknya.
Peter Mayhew muncul memainkan watak Chewbacca dalam trilogi Star Wars yang asalnya pada tahun 1977 dan melalui episod yang ketiga.
Menurut keluarganya, Mayhew berjuang memainkan wataknya di dalam episod Star Wars: The Force Awakens dengan berkerusi roda.
“Dia meletakkan hati dan jiwanya ketika memainkan watak Chewbacca dan mempamerkannya pada setiap babak”
Rakan pelakon iaitu Mark Hamill yang memainkan watak Luke Skywalker dalam filem yang sama memberi penghormatan terakhir kepada Mayhew menerusi Twitternya dengan menggambarkannya sebagai ‘gergasi perkasa.’
“Seorang lelaki dengan hati yang besar dan tidak pernah gagal untuk membuatkan saya tersenyum serta seorang kawan yang saya cintai”
Punca kematian Mayhew tidak disebutkan oleh keluarganya.
Sumber : BBC News