Pernah Impikan Buat 42 Pembedahan
Kredit Felipe Adam/Instagram

Pernah Impikan Buat 42 Pembedahan, Lelaki Obses Jadi Patung Ken Ubah Fikiran Jadi Tukang Buat Batu

Syed Faisal Sayed Muhammad

Pernah Impikan Buat 42 Pembedahan, Lelaki Obses Jadi Patung Ken Ubah Fikiran Jadi Tukang Buat Batu

Seorang remaja berusia 18 tahun dilaporkan telah menjadi bualan ramai selepas dia obses untuk tampil sempurna persis anak patung yang bernama Ken dengan menggunakan bantuan mekap dan merancang untuk menjalani pembedahan plastik demi impiannya itu.

Felipe Dias, yang berasal dari Brazil itu telah menabung selama dua tahun untuk memenuhi impiannya bagi menjadi seperti anak patung.

Namun, secara tiba-tiba dia telah mengubah fikiran dan memutuskan untuk bekerja sebagai tukang buat batu.

Kredit Felipe Adam/Instagram

Dia sebelum ini telah merancang untuk melakukan 42 pembedahan plastik bagi memiliki ciri wajah yang sempurna.

Baru-baru ini dia menyedari bahawa semua itu tidak perlu dilakukan. Dia juga dikatakan telah menemui identitinya sendiri.

“Saya telah melihat masalah dalam diri saya yang sebenarnya tidak pernah wujud. Saya rasa sudah tidak memerlukan sebarang pembedahan. Saya sekarang sudah boleh melihat diri saya sendiri di hadapan cermin,” katanya

Felipe memikirkan untuk melakukan pembedahan dan mula mengumpul wang sejak usianya 16 tahun. Ketika itu, dia telah mendapat tentangan daripada ibu bapanya, namun pada akhirnya ibunya menerima keputusannya itu.

Obsesi Felipe bermula apabila dia menonton filem “Barbie” bersama kakaknya. Sejak itu dia mendapat inspirasi untuk kelihatan kacak seperti anak patung Ken dan berfikir untuk mengubah bentuk wajahnya.

Namun kini dia telah sedar bahawa penampilan bukanlah perkara yang terpenting dalam hidup. Sekarang Felipe bekerja keras untuk hidupnya.

Sebelum ini, Felipe pernah bekerja sebagai tukang kebun dan menjual makanan ringan. Kini dia telah bekerja di sektor pembinaan sebagai tukang buat batu.

“Oleh kerana sukar untuk mencari pekerjaan, jadi saya mengambil peluang untuk bekerja walau apa pun mereka tawarkan.

“Saya sudah mempunyai pengalaman jadi ia sangat bagus. Saya bukan sahaja berbangga dengan pekerjaan saya malah saya juga menyukainya,” kata Felipe.

Kredit Felipe Adam/Instagram

Walaupun tidak melakukan pembedahan plastik, Felipe masih mengekalkan penampilannya dan suka berhias seperti Ken.

Sumber: Wolipop

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang