Percaya atau tak, filem Kung-Fu Shoalin Popey sudah 26 tahun usianya. Namun, setiap gerak geri dalam filem ini masih kuat dalam ingatkan masyarakat dunia termasuk di Malaysia.
Ramai yang bertanya-tanya bagaimanakah wajah terkini dua pelakon kanak-kanak yang menceriakan filem tersebut. Mana taknya, mereka dua oranglah yang paling kelakar dengan ragam masing-masing.
Inilah wajah terkini Pi Shao Quan yang dilakonkan oleh Hao Shaowen atau lebih dikenali sebagai Steven Hao dan Chen Xiao Long yang dilakonkan oleh Ashton Chen yang menggamit memori.

Steven Hao
Beliau kini berusia 30 tahun. Semasa penggambaran filem Shaolin Popey tersebut, beliau masih kecil dan berusia 4 tahun. Memegang watak Pi Shao Quan yang sangat nakal dan banyak ragam termasuklah sangat lucu.

Gambar: Facebook Hao Shoawen
Gambar: Facebook Hao Shoawen
Gambar: Facebook Hao ShoawenAshton Chen
Pelakon ini kini berusia 32 tahun. Beliau masih aktif dalam bidang lakonan dan peragaan (model). Ashton Chen membawa watak sebagai Chen Xiao Long dalam filem ini. Kanak-kanak ini pintar dan handal serta sahabat baik kepada Pi Shao Quan.

Gambar: Instagram Ashton Chen
Gambar: Instagram Ashton Chen
Gambar: Instagram Ashton Chen
Gambar: Instagram Ashton ChenUntuk pengetahuan umum, filem ini ditayangkan pada tahun 1994. Kini berusia 26 tahun dan orang ramai masih menonton filem kungfu kanak-kanak ini. Karya filem ini tidak lapuk dek zaman kerana para penonton tidak jemu untuk menonton filem ini.
Sumber rujukan: imdb, wikipedia, Facebook & Instagram