“Pernah Dua Bulan Juga Dia Tak Ke Taska,” Wanita Kongsi Anak Trauma Kena Ejek Sebab Ekzema

Aqmal Ezany

Pasti ramai diantara kita yang pernah dengar penyakit ekzema ini namun tidak tahu apa puncanya dan apa sebenarnya penyakit ini.

Sebenarnya, ekzema ini tergolong dalam kumpulan penyakit kulit yang boleh menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit.

Kebiasaannya, penyakit ekzema ini banyak terjadi kepada golongan kanak-kanak, namun begitu, golongan dewasa juga tidak terlepas untuk mengalaminya.

Walaupun ianya adalah penyakit kulit, namun ianya tidaklah boleh berjangkit. Sungguhpun ianya tidak boleh berjangkit, penyakit ini tidak ada ubatan yang mampu untuk menyembuhkannya sepenuhnya.

Walaupun tiada ubat, penyakit ini boleh dikawal supaya tidak menjadi lebih teruk atau parah.

Berdasarkan kisah yang dikongsikan oleh Norshalizawati Shahar, seorang kerani pentadbir sebuah syarikat swasta, anak keduanya yang bernama Putri Damia Maisarra Hassan Ali yang kini telah berusia 11 tahun sudah lama bergelut dengan penyakit tersebut.

“Bayangkan sejak usia empat tahun melihat dia berperang dengan sakit kulit itu hingga sekarang. Saya sendiri sampai satu tahap jatuh kasihan kepadanya.

Bukan tak berusaha untuk mencari solusi kepada penyakit anaknya, malah dakwanya, segala benda yang boleh menyembuhkan penyakit anaknya itu telah dicubanya namun gagal.

“Jenuh juga cuba pelbagai produk di pasaran, kaedah tradisional, saranan di klinik, hospital dan pakar kulit. Pantang ada keluar iklan di media sosial atau disyorkan seseorang, laju saja saya cari dan beli,” katanya.

Susulan daripada itu, dia katanya terpaksa akur akan penyakit yang dialami anaknya itu tiada ubat penyembuh, namun hanya boleh dirawat dari masa ke semasa sahaja kerana penyakit tersebut datang dari dalam darah.

“Dapat kurangkan pedih dan gatal kulitnya pun saya sudah syukur sangat. Sebab apabila gatal, dia akan terus menggaru hingga terluka. Doktor pun pernah nasihatkan anak saya botakkan kepala. Saya ikut nasihat itu.

“Malah sampai tahap dia tak boleh kena panas terik. Saya pun sampai elak dia dibawa keluar rumah. Kalau dulu ada jemputan kahwin pun, saya tak boleh penuhi sebab kenangkan keadaannya.

“Pernah dua bulan juga dia tak ke taska sebab trauma kena ejek dengan kawan. Kawan dan sekeliling takut berjangkit. Tapi sebenarnya penyakit ini tidak berjangkit dan doktor sendiri mengesahkan,” katanya.

Sejurus selepas bermacam-macam produk yang dicubanya menemui jalan buntu, dia akhirnya bersyukur kerana dapat dipertemukan dengan produk Saapuu yang mempunyai keajaibannya buat semua pesakit ekzema yang masih lagi menderita dengan penyakit tersebut.

“Selepas menggunakan rangkaian produk berkenaan sejak lapan bulan lalu, perubahan ketara mula kelihatan.

“Bahagian kepala anak saya sampai sekarang agak sukar nak hilang ekzema. Ditambah pula rambutnya tebal dan sukar untuk dibersihkan dan hingga berdarah kulit.

“Ada produk yang saya pernah cuba melekit dan tak serasi sampai buat kulit rasa pedih. Tapi Saapuu berbeza. Saya sendiri jatuh hati dengan produk berkenaan. Bermula daripada kita percubaan, akhirnya kini produk itu buat anak saya sudah kurang kegatalannya,” katanya

Dipasarkan di bawah syarikat Mawar Shazni Sdn Bhd, produk Saapuu ini dikatakan mampu untuk membantu mereka yang mengalami penyakit kulit seperti Psoriasis, eczema, masalah ruam susu dan jangkitan kuman pada kulit.

Bagi anda yang mahu menjana pendapatan atau juga mahu membeli produk Saapuu ini, boleh layari www.saapuu.my atau Instagram @saapuu.skin untuk maklumat lanjut.