
Semalam, umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Nuzul Al-Quran iaitu hari memperingati peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti mana al-Quran yang ada pada hari ini.
Di sebalik al-Quran yang dimiliki oleh mana-mana individu pada hari ini, terdapat kisah di mana al-Quran pernah ditulis menggunakan darah sebagai pengganti kepada dakwat. Naskah ini menjadi kontrovesi berikutan konflik yang mengatakan kaedah penulisan itu dilarang dan haram.

Penulis naskah tersebut, Abbas Shakir Joudi al-Baghdadi mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk menyiapkan 600 halaman al-Quran menggunakan darah Saddam Hussein.
Sebelum ini, naskah tersebut dipamerkan di Masjid Saddam “Mother of All Battles” untuk memperingati sejarah perjuangannya. Namun, sekarang al-Quran tersebut di simpan di bilik bawah tanah yang memperuntukkan tiga pintu kubah yang dikunci.

Kunci-kunci tersebut dimiliki dan dijaga oleh tiga orang yang berbeza iaitu seorang Syeikh, pesuruhjaya polis bandar dan seorang lagi individu yang dirashsiakan identitinya.
Sumber: Atlas Obscura