Seorang doktor di Jepun telah berkongsi enam ‘rahsia’ bagaimana dia menjalankan kehidupan dengan lebih sihat hingga mampu hidup sehingga 105 tahun.
Jangka hayat manusia dianggarkan dalam lingkungan 80 tahun, menurut The Conversation. Akan tetapi, seorang doktor di Jepun ini memiliki usia menjangkau 105 tahun, 25 tahun lebih lama daripada purata jangka hayat manusia.
Dr. Shigeaki Hinohara, seorang doktor yang memulakan kerjayanya ketika Perang Dunia Kedua meletus pada 1940-an. Semasa peperangan berlangsung, beliau telah merawat mangsa-mangsa letupan bom yang telah menghancurkan sebahagian besar bandar besar di Jepun pada masa itu.
Kredit: Kyodo NewsBeliau giat dalam usahanya untuk mendidik orang ramai agar mengekalkan kehidupan sosial yang aktif sehingga usia tua. Bukti didikannya dapat dilihat dalam satu testimoni bergerak iaitu, beliau sendiri.
1. Bersara pada lewat usia
Menurut Hinohara, jika anda diberi pilihan waktu untuk bersara, pilihlah usia yang paling lewat sekali. Dr. Hinohara masih menemui pesakit sehingga beberapa bulan sebelum kematiannya dan kelihatan kerap memberikan nasihat bagaimana untuk hidup dengan lebih baik, menurut Japan Times.
Bersesuaian dengan dapatan kajian oleh Li Jiannan, Yuan Bocong & Lan Junbang (2021), penyertaan dalam karier sewaktu lewat usia mampu memberikan manfaat kepada kesihatan. Hal ini disebabkan oleh aktiviti fizikal sepanjang penglibatan kerja yang sederhana pada lewat usia menyebabkan kekerapan yang lebih rendah untuk menghidapi simptom penyakit kronik.
Gambar hiasan | Kredit: PexelsIni boleh mengurangkan risiko kematian pesara yang tidak berada dalam keadaan yang sihat. Dalam kajian tersebut, penglibatan produktif bagi manusia yang berumur 60 tahun ke atas dalam pelbagai perkerjaan seperti kerja bergaji, kerja sukarela dan lain-lain menunjukkan hubungkait dengan kesihatan fizikal dan status kognitif yang lebih baik.
2. Ketahui berat badan & jaga makan
Pada lewat usia, kita perlu mengawal permakanan disebabkan kadar metabolisme manusia yang semakin merosot apabila menjelang lewat usia. Metabolisme yang rendah menyebabkan berat badan badan kita akan naik dengan mudah dan menjadikannya sukar untuk diturunkan semula.
Hinohara dikatakan hanya makan sekali dalam sehari iaitu makan malam sahaja. Dalam sajian makan malamnya, hidangannya akan mengandungi komposisi ikan dan sayur-sayuran. Beliau hanya ‘menyentuh’ daging dua kali dalam seminggu.
Gambar hiasan | Kredit: PexelsSebelum ini, Siakap Keli juga ada menekankan mengenai kadar pengambilan daging untuk diet yang sihat. Dalam artikel tersebut, diet berkualiti tinggi ditentukan dengan pengambilan sekurang-kurangnya empat dan setengah cawan sayur-sayuran atau buah-buahan dan dua hidangan ikan dalam satu minggu.
Ini termasuklah pengambilan daging yang diproses tidak lebih dari dua hidangan dan pengambilan daging merah yang kurang daripada lima hidangan dalam satu minggu.
Keratan artikel Tterdahulu3. Ambil masa untuk bergembira
Hinohara mempercayai bahawa kegembiraan dapat menghalang anda daripada merasai rasa sakit. Jika anda meletakkan terlalu kekangan dalam kehidupan, ia akan ‘memenatkan’ tubuh badan anda.
Menurut Mike Robbins, matlamat utama proses ini adalah agar kita boleh memilih untuk “mengalihkan perhatian” diri kita sendiri (iaitu, keluar dari kepala kita, lepaskan kebimbangan negatif kita, dan berehat secara sedar dari tekanan kehidupan seharian) dengan cara yang benar-benar sihat.
Apabila kita mempunyai motivasi positif dan kita tidak mengelak apa-apa tetapi memilih untuk berehat secara sedar, hasil dan pengalaman semasa “mengalihkan tumpuan” kita akan lebih cenderung untuk menjadi sihat dan bermanfaat.
Gambar hiasan | Kredit: PixabaySebagai contoh, bersenam, berjalan-jalan dalam taman, mendengar podcast, menyanyi, ketawa dan sebagainya. Adalah penting untuk mengambil rehat yang sihat di sepanjang jalan, terutamanya apabila keadaan menjadi sukar, seperti yang dialami oleh kebanyakan kita sekarang.
4. Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang ramai
Beliau mempercayai matlamat dalam kehidupan manusia adalah untuk memberi sumbangan kepada alam sejagat. Hinohara juga dikenali sebagai seseorang yang suka membantu dan berkongsi ilmu kepada orang lain.
Gambar hiasan | Kredit: PixabayWartawan Japan Times, Judit Kawaguchi memberitahu program BBC World Service World Update bahawa beliau memiliki tenaga dan kudrat yang mengagumkan.
“Saya bertemu beliau sewaktu beliau beusia 90-an dan saya boleh katakan beliau telah mengumbah pemikiran ssaya secara drastik tentang penuaan kerana ketika itu dia bekerja 18 jam, tujuh hari seminggu, dan dia adalah orang yang paling bertenaga yang pernah saya temui.
“Beliau percaya bahawa hidup adalah mengenai sumbangan. Maka, beliau mempunyai dorongan yang luar biasa untuk membantu orang ramai, bangun pada awal pagi dan melakukan sesuatu yang indah untuk orang lain. Inilah yang mendorongnya dan yang membuatkan dia terus hidup,” katanya.
Dia juga menambah, “Beliau sentiasa mempunyai matlamat hari ini, esok dan lima tahun akan datang. Saya berasa sangat sedih ketika beliau meninggalkan dunia. Kerana salah satu impiannya adalah untuk menghadiri Sukan Olimpik di Tokyo pada 2020. Itulah matlamat besarnya tetapi beliau tidak dapat mencapainya.
“Tetapi beliau seorang yang menakjubkan dan semua orang yang bertemu dengannya akan berubah disebabkan beliau,” katanya.
5. Jangan risau akan harta benda
Anda tidak perlu lagi untuk mengumpul aset, membeli saham mahupun bekerja terlalu keras untuk mendapatkan keuntungan pada usia yang agak lewat. Hal ini disebabkan segala harta benda yang kita miliki tidak akan boleh dibawa ke alam seterusnya.
Menurut Minimalism Made Simple, terdapat 15 sebab mengapa harta benda tidak akan membuatkan diri kita bahagia. Antaranya adalah pengalaman yang dimiliki adalah lebih bernilai daripada harta benda, keseronokan untuk mengumpulnya akan pudar, anda tidak mempunyai cukup masa untuk menikmatinya dan lain-lain.
Gambar hiasan | Kredit: PixabaySikap mengumpulkan harta benda akan memberikan satu ‘ketagihan’ kepada anda dan keseronokan daripada rasa ‘ketagihan’ itu akan bertukar menjadi rasa resah gelisah seterusnya, membuang kebahagiaan daripada hidup anda secara perlahan-lahan.
6. Menaiki tangga
Hinohara akan menaiki dua buah tangga dalam satu masa untuk memastikan otot-ototnya bergerak. Secara tidak sedar, menaiki tangga adalah satu bentuk senaman ringkas yang tidak memerlukan kos tinggi dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Namun begitu, aktiviti harian ini kurang diberi perhatian oleh masyarakat sejagat.
Menurut Root of Science, ia tidak memerlukan latihan atau peralatan yang khas dan memiliki pelbagai jenis kebaikan senaman seperti meningkatkan kapasiti aerobik, memperbaiki tahap kolesterol dan lemak dalam darah dan meningkatkan kecergasan dan kompisisi badan manusia.
Gambar hiasan | Kredit: PixabaySungguhpun begitu, bagi warga emas yang ingin melakukan senaman tangga, mereka digalakkan untuk mengambil kira faktor keselamatan diri untuk mengelakkan sebarang kecederaan dan kecelakaan. Bagi yang lewat usia, anda boleh memilih tangga yang memiliki pemegang dan anak tangga yang tidak terlalu tinggi untuk menjamin keselamatan anda.
Video tentang Dr. Hinohara turut dimuat naik di Twitter seperti berikut:
Kesimpulan
Dr. Shigeaki Hinohara telah menjadikan dirinya sebagai satu testimoni bahawa warga emas masih juga mampu menjalani gaya hidup sihat. Pada masa yang sama, kemajuaan bidang perubatan di Jepun telah menjadikan negara tersebut sebagai sebuah negara dengan kadar jangka hayat tertinggi di dunia.
Maka, tidak hairanlah jika kebanyakkan warga emas di Jepun yang masih lagi hidup, walaupun usia sudah menjangkau lebih daripada 90 tahun.
BACA JUGA: Walaupun Selalu Bersenam, Tabiat Makan Ini Akan Dedahkan Anda Kepada Penyakit Berbahaya
Sumber: World Economic Forum