KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi , Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka Isnin ini.
Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan permohonan melalui sistem dalam talian itu dibuka menerusi laman sesawang http://upu.moe.gov.my mulai jam 12 tengah hari.
Menurut kenyataan itu, sebelum mengemukakan permohonan, pemohon wajib membeli Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Feb.
Pemohon lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM boleh membuat pemilihan program pengajian selepas lima hari keputusan SPM/STPM diumumkan.
Sistem UPUOnline akan ditutup pada 31 Mac, jam 11.59 malam bagi lepasan SPM dan 7 April, jam 11.59 malam bagi lepasan STPM/ setaraf.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM di talian 03-88708200 atau e-mel di [email protected] atau laman sosial Facebook ‘KEMASUKANBPKPJPT[‘, Twitter ‘@TWT_UPU’ dan Instagram ‘@KEMASUKANBPKP’.
Sumber: BERNAMA