Kuala Lumpur : Pengeluar topeng hidung dan mulut tempatan akan meningkatkan pengeluaran bagi menampung permintaan tinggi orang ramai susulan isu coronavirus.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar mengenai perkara berkenaan.
”Sekarang ini permintaan tinggi dan bekalan tidak dapat menampung permintaan. (Saya dimaklumkan) bekalan berkurangan kerana banyak kilang yang tutup kerana cuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
”Kita dah maklum kepada pihak pengeluar dan mereka akan meningkatkan pengeluaran,” katanya kepada sumber selepas majlis perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia bersama sebuah pasar raya di sini, hari ini.
Sumber : Bernama