Bagi anda yang tidak tahu, rambut sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran dunia malahan harganya dijangka akan terus melonjak sehingga 2024.
Menerusi kajian yang dilakukan pada tahun 2019, faktor utama yang mendorong pertumbuhan itu adalah disebabkan keyakinan pengguna rambut palsu atau penyambungan (extensions) di seluruh dunia.
Menurut Cision, segmen penjagaan rambut menyumbang 18% daripada jumlah pendapatan pasaran kecantikan global pada tahun 2017 dan merupakan segmen kedua terbesar selepas penjagaaan kulit.

Laporan penyelidikan yang didedahkan di dalam portal Reportlinker juga memberi gambaran keseluruhan yang terperinci mengenai beberapa pemboleh, sekatan dan trend.
Pasaran penyambungan rambut global dijangka mencapai lebih dari $ 5 bilion (RM20.3 bilion) pada 2024.

Berdasarkan kajian oleh Statista, Hong Kong dan India menjadi negara pengeksport rambut manusia terkemuka di seluruh dunia pada tahun 2019.
Penjulan rambut palsu dan sambungan melalui kedai runcit, pasar raya besar dan kedai fesyen selalu menjadi kebiasaan di seluruh dunia, walaupun trend penjualan dalam talian telah meningkat dalam beberapa tahun ini.
Sumber: Cision