
Kurang dari seminggu, umat Islam akan meninggalkan bulan keberkatan, Ramadhan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Setiap tahun Aidilfitri akan disambut dengan begitu meriah dengan menyaksikan kaum keluarga, sanak saudara mahupun sahabat handai saling kunjung mengunjungi dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Manakala bulan puasa pula disambut dengan penuh rasa kesyukuran di atas nikmat dan kurniaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita. Dan pastinya perkara paling mengasyikkan kita pada bulan mulia ini adalah makanan! Terdapat pelbagai juadah dan menu yang dijual di bazar mahupun restoran sempena meraikan bulan berkat ini.
Tetapi seiiring dengan kemajuan, masyarakat ini lebih memilih perkhidmatan penghantaran makanan atas talian yang lebih mudah dan cepat. Malah ia tentunya dapat menjimatkan wang dan tenaga kita untuk pergi ke kedai mahupun bazar. Dengan perkhidmatan ini, makan boleh dihantar sampai ke depan pintu rumah.

Yang terbaru, sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini mendapati peningkatan dalam urus niaga yang melibatkan pesanan makanan. Menurut Pengurus Besar syarikat tersebut mendapati bahawa tiga minggu pertama bulan Ramadhan telah mencatatkan peningkatan pesanan lima kali ganda dari biasa.
Peningkatan berkenaan dicatatkan sebanyak 60 peratus dan merupakan kategori (makanan dan minuman) yang paling popular terutamanya waktu berbuka.
Sumber : News Ecinsider