Harga burqa di Afghanistan dilaporkan naik sehingga 10 kali ganda sejak Taliban kembali berkuasa di negara tersebut, lapor portal Suara.com.
Menurut portal berkenaan lagi, pemerintahan Taliban sebelum ini mewajibkan kaum perempuan yang beragama Islam untuk mengenakan pakaian yang menutupi aurat.
Rata-rata wanita disana ketika ini dikatakan sedang menunggu keadaan menjadi tenang sebelum kembali menjalani aktiviti kehidupan seperti biasa.
Suara.com yang memetik laporan CNN berkata, kebiasaannya wanita-wanita disana hanya memiliki satu atau dua burqa yang dikongsi bersama ahli keluarga yang lain.
“Sekiranya kami tidak mempunyai burqa, kami harus mendapatkan kain atau sesuatu yang boleh dijadikan sebagai selendang,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan satu persatu kota-kota besar di Afghanistan jatuh ke tangan Taliban selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat daripada negara tersebut.
Malah, Presiden Afghanistan dilapor turut meninggalkan negara dan memberikan alasan bahawa tindakan tersebut bertujuan untuk mengelakkan petumpahan darah berlaku.
Sumber: Suara.com